# ELIGIBILITY

- #### **Description**
  
  Our free microchip is only available to dog pet owners on a first come first serve basis. Limited stock available and not all submissions are guaranteed.

If you don't understand any of these words, please don't be shy to email us at hello@oyen.my or drop us a message on our social media pages.

- #### **Pet Conditions**

Unfortunately, we will not be able to insure all pets. These are some conditions before we can provide cover for your furry friend:

(a)  must be aged between twelve (12) weeks to ten (10) years at the start date of your insurance.

(b) be free from injury or physical disability at the start date of your insurance.

(c) be at all times under your care or your family. _(Sadly, this means you can't insure stray cats or dogs that don't live with you)_

(d) be duly licensed and not fall under banned or restricted breeds as prescribed by the Government or Public or Local Authority (for pet dogs). Here's a [link](https://help.oyen.my/en/can-all-breeds-of-dogs-be-insured) to our FAQ.

(e) be microchipped (for pet dogs)

(f) where your pet is a cat, you must provide medical card certification from a registered veterinarian with details of the pet and its owner including their names and photographs of the pet.

(g) not be a working pet.

- #### **Pet Owners**

With a cute pet, comes big responsibility. The Pet Owners need to satisfy the following criteria:

(a) be aged eighteen (18) years or older; and

(b) be the owner of the pet (Proof: legal name shown on vet medical card or receipt)

(c) the pet insurance is not transferable to other pets.

- #### **Residence and Country Limit**

A pet is covered under this policy only while the pet is in Malaysia.

Your pet must reside permanently with you at the address within Malaysia stated in the schedule.

# Apakah Takaful Kucing? Apa beza Takaful Kucing dengan Insurans Kucing?

### ✈️ Are you travelling soon?

### Apa itu Takaful kucing?

Berbeza dengan insurans kucing, takaful kucing menggunakan konsep prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Bagi konsep takaful, ia memberikan perlindungan bersama bagi harta dan menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.

Sekiranya anda memilih takaful kucing, anda bersama dengan peserta sijil takaful yang lain akan membuat sumbangan dan sekiranya terdapat tuntutan, ia akan dikongsi oleh semua peserta sijil takaful yang lain berdasarkan perjanjian takaful yang telah dipersetujui.

## Beza Takaful Kucing dengan Insurans Kucing

Sebenarnya, apakah yang membezakan antara takaful dan insurans yang ditawarkan ini? Oyen kongsikan kepada anda perbandingan jadual di bawah untuk lebih mudah memahami perbezaan dan perbandingan di antara kedua pilihan produk ini:

|     |     |
| --- | --- |
| **Insurans** | **Takaful** |
| Menggunakan konsep akad jual beli. | Menggunakan konsep Tabarru. Caruman yang dibayar akan dianggap sebagai sumbangan bagi pemegang sijil takaful yang lain.Sekiranya pemegang sjil takaful lain ditimpa musibah, sumbangan ini akan digunakan |
| Di bawah undang-undang kerajaan | Di bawah undang-undang syariah dan undang-undang kerajaan |
| Ada unsur riba. Pelaburan konvensional yang digunakan oleh insurans tidak mempunyai badan yang mengawalselia | Tiada unsur riba. Setiap pelaburan perlu mematuhi syariah dan akan melalui badan Syariah Advisory Council/Committee.Keuntungan akan dikongsi  antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah |
| Ada unsur Gharar (tidak pasti), Maisir (judi) dan unsur riba | Bebas daripada unsur Gharar (tidak pasti), Maisir (judi) dan unsur riba |
| Risiko akan dikendalikan oleh syarikat insurans | Risiko akan dikongsi bersama oleh pencarum yang memberikan sumbangan |

## Prinsip takaful kucing yang anda perlu tahu

## Salah faham tentang konsep insurans dan takaful

|     |     |     |
| --- | --- | --- |
| **Insurans** | **Konsep** | **Takaful** |
| Ramai yang beranggapan insurans hanya melibatkan faedah.Biasanya, ia merupakan salah satu strategi pelaburan sahaja dan tidak semestinya hanya melibatkan faedah semata mata | Riba atau faedah | Ramai yang beranggapan bahawa Takaful langsung tidak berkaitan dengan keuntungan dan mendapatkan faedah.Sebenarnya, takaful mengelakkan unsur Riba tapi pada masa yang sama masih boleh mendapatkan keuntungan daripada pelaburan patuh syariah |
| Insurans juga melibatkan pengumpulan risiko, tetapi tidak semestinya berkaitan dengan perkongsian risiko.Bagi konsep insurans, syarikat insurans akan menilai tahap risiko dan pemegang polisi akan membayar premium yang dikenakan | Perkongsian risiko | Biasanya, takaful sering disalah anggap hanya berdasarkan perkongsian risiko antara peserta.Namun, syarikat takaful juga akan mengendalikan dana berdasarkan konsep Mudarabah atau Wakalah |
| Ramai yang salah faham bahawa pemegang insurans konvesional tidak terlibat dengan keuntungan.Walaupun keuntungan tidak diperolehi secara langsung, biasanya ia akan diperoleh melalui dividen atau premium yang semakin berkurang | Untung dan rugi | Ada yang beranggapan bahawa keuntungan dijamin dalam takaful.Sebenarnya, setiap keuntungan dan kerugian akan dikongsi bersama dan syarikat takaful akan mengenakan yuran bagi menguruskan dana tersebut |
| Ramai yang beranggapan pelaburan di dalam insurans konvesional dilakukan tanpa sebarang etika.Sebenarnya, kebanyakan syarikat insurans mempunyai polisi pelaburan mereka sendiri yang bertanggungjawab dan perlu dipatuhi. | Strategi pelaburan | Ada yang beranggapan pelaburan takaful hanya terhad kepada industri tertentu. Sebenarnya, pelaburan patuh syariah ini meliputi pelbagai sektor seperti ekuiti, hartanah dan juga aset lain yang dibenarkan |
| Bayaran premium insurans sering dianggap lebih murah dan menjimatkan.Sebenarnya, ia bergantung kepada kepada pelbagai faktor sebagai keberkesanan dan skala | Kos yang terlibat | Ramai yang beranggapan caruman takaful mahal kerana ia melibatkan pelaburan patuh syariah dan etika yang perlu dipatuhi.  Namun, ia sebenarnya bergantung kepada Syarikat Takaful dan yuran pengurusan yang akan dikenakan |
| Insurans konvensional terbuka kepada semua | Agama | Ramai beranggapan, Takaful hanya untuk pemegang sijil yang beragama islam. Takaful adalah inklusif, menyambut pencaruman dari semua latar belakang, bukan terhad kepada Muslim sahaja |

## Apa tuntutan yang anda boleh buat dengan takaful kucing?

Pelan kami mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi), untuk setiap tuntutan daripada bil veterinar yang dikenakan kepada anda.

### Apa yang akan dilindungi di bawah bil veterinar?

Berikut merupakan tuntutan yang boleh dibuat di dalam bil veterinar anda:

- Sesi konsultasi dengan doktor veterinar
- Ujian darah, X-Ray, urinalysis dan lain-lain
- Ubat-ubatan
- Sebarang ujian diagnostik untuk mengesan penyakit dan kecederaan
- Pembedahan
- Caj bermalam di klinik

### Apakah penyakit dan kecederaan yang dilindungi?

- Asma
- Kecederaan dan kemalangan
- Kanser dan/ atau tumor
- Penyakit buah pinggang
- Diabetes
- FIV
- FeLV
- Feline Upper Respiratory Disease
- Serangan jantung/ penyakit
- Sporo, parvo, distemper
- Penyakit/jangkitan kulit
- Penyakit ringan seperti demam, selsema, cirit birit dan banyak lagi

Sebenarnya, senarai penyakit yang dikongsikan ini hanya merupakan panduan umum. Anda boleh merujuk kembali kepada sijil takaful.

### Apakah penyakit yang tidak dilindungi?

Produk ini, seperti Takaful untuk manusia, tidak melindungi tuntutan yang disebabkan oleh kejadian yang berikut:

- Keadaan sedia ada
- Rawatan gigi atau gusi
- Rawatan rutin dan pencegahan (contohnya: vaksin)
- Kehamilan, kelahiran atau pembiakan (dan komplikasinya)
- Alat bantuan, prosthesis dan e-kolar
- Keadaan kongenital
- Keadaan/Penyakit keturunan
- Makanan, suplemen, vitamin

## Pelan yang ditawarkan bagi takaful kucing

Caruman bermula dari RM319/tahun

Pelan kami mempunyai penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi), untuk setiap tuntutan, dan adalah berkenaan dengan manfaat tertentu

|     |     |
| --- | --- |
| **Prosedur klinik yang boleh dituntut:**<br>- Kos konsultasi/rundingan veterinar<br>- Ubat preskripsi<br>- Ujian diagnostik / makmal<br>- Bayaran pembedahan & bilik bedah | ✅ |
| Had bil veterinar (tahunan) | **sehingga RM8,000** |
| Caj rawatan susulan | **sehingga 60 hari** |
| Kos penginapan klinik vet/hospital | ✅ |
| Liabiliti pihak ketiga tertakluk kepada deduktibel | ✅ |
| Perbelanjaan pengebumian | ✅ |
| 💡Tertakluk kepada penolakan 10% atau RM100 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap tuntutan |

## Mengapa anda perlu memilih Oyen Takaful Kucing?

1. Jika anda beragama islam, tidak perlu lagi untuk ragu-ragu dan menggunakan produk insurans konvensional yang ditawarkan. Anda sudah mempunyai pilihan Oyen Takaful Kucing dan gunakan tanpa ragu-ragu dan was-was.

2. Salah satu tuntutan dalam agama islam ialah melakukan ihsan kepada binatang. Dengan memilih takaful yang patuh syariah, anda bukan sahaja melindungi haiwan kesayangan malah melakukan ihsan kepada si bulus dan pada masa yang sama masih mematuhi hukum agama islam yang ditetapkan.

3. Sumbangan yang berpatutan. Bagi setiap sumbangan, anda akan mendapatkan perlindungan yang terbaik bagi si bulus.

4. Takaful kucing ini akan membantu memberikan perlindungan kewangan di saat anda memerlukan. Kos perubatan si bulus boleh menjadi mahal, dan takaful kucing merupakan pilihan terbaik untuk membantu keadaan kewangan anda.

## Penutup

Sekiranya dulu, produk insurans Oyen menjadi masalah bagi anda untuk membuat pilihan kerana ia berdasarkan insurans konvensional, sekarang anda tidak perlu lagi ragu!

Bukan sahaja patuh syariah, ia akan membantu anda memberikan perlindungan yang terbaik bagi si bulus!

Produk ini diunderait oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad  
*Diunderait oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad*
*Bukan sahaja patuh syariah, ia akan membantu anda memberikan perlindungan yang terbaik bagi si bulus!*
